
Ok, cakap banyak pun tak guna. Mulai Ahad ni (23rd May) sampai korang semua ada cucu cicit, dipersilakan datang ke Gelanggang Bola Keranjang Batu 11, Balakong, Cheras untuk menyaksikan satu perlawanan liga bola keranjang yang umumnya dibarisi lelaki lelaki tough dan kacak. Kalau tak kacak pun jenis jenis yang sipi- sipi nak ke Watson Nyambek masa muda. Tapi still, kacak ok.
Perlawanan akan diadakan pada setiap hari Ahad sehingga sambutan Hari Raya Aidil Adha. Sebarang penangguhan, ke-kensel-an, ke-tidak ada-an akan diberitahu kelak. Jangan lupa untuk mengajak makcik makcik, abang abang, ketua boria kampung, rama rama, serigala dan orang gaji anda untuk datang beramai ramai memeriahkan suasana.
Sebarang bentuk kain rentang, banner, trompet, baju kemeja tertulis nama pasukan pilihan hati amatlah dialu- alukan sebagai tanda sokongan. Golongan gadis- gadis cantik akan diberi perhatian lebih, terutamanya yang jenis dress to kill, harap maklum. Sekian.
* Sedang membina 6 packs kat perut. Sekarang ni baru ada 2.
No comments:
Post a Comment