Wednesday, May 19, 2010

Dunia.

Tidak aku minta satu dunia
Hanya mahu kau setia
Biar jauh biar lambat tak apa
Asal bertemu terus menyapa

Hilang satu aku kira sama rata
Kerana rasa ini terbaik untuk kita
Dari letih sesak nafas meminta
Kerana aku tahu kau tiada akan berbeza

Satu hilang aku tak berkira
Wang ringgit hanya harta
Bukan jiwa bukan maruah bukan kata kata
Dan nah, biar begini selamanya kita
Tidak penat tidak gusar, dan tidak pedulikan mereka.

No comments: