Monday, April 26, 2010

Sesi Soal Jawab Remaja Masa Kini.

Soalan :

Apa khabar puan ? Semoga sihat sentiasa. Saya disini ingin mengutarakan permasalahan cinta saya. Saya mempunyai seorang kawan perempuan yang agak tidak tahan lah jugak rupanya kalau saya tengok. Beliau kini berjauhan dari saya. Namun sejak akhir akhir ini saya amat merinduinya. Adakah ini yang dinamakan fall in love ?

Saya betul betul konfius akan perasaan ini. Saya biasanya foul out ketika bermain basketball, tapi fall in love ini terlalu asing buat diri saya.....bantulah saya. Saya amat berharap puan dapat memberi nasihat yang terbaik untuk saya menghadapi situasi ini. Sekian, terima kasih.

p/s : Untuk makluman puan, gadis tersebut bernama Juliana Evans.

Yang berharap,
Lelaki Sepi
(Ulu Bertam, Selangor).


Pembalasan :

Kehadapan lelaki sepi, adik. Akak faham situasi adik menyintai seseorang dalam diam akan membuatkan kita susah mahu slam dunk itu bola keranjang. Akak faham perasaan adik. Namun sebagai seorang lelaki bermata keranjang, janganlah adik kecewa.

Kerana jaring bukan satu dan cheer leaders bukan seorang. Bersabarlah adik dan... belilah kasut basket yang baru jika itu dapat melegakan kelukaan. Jika tidak berbalas juga cinta adik pada Juliana Evans itu, ketahuilah, akak sedia menanti adik di sini. Jangan lupa solat dan sabar. Dan elakkan makan daging, nanti darah panas.

Sekian,
Akak Cun.

6 comments:

Izyan Nadiah said...

haha,,funny

qistina said...

wlau agak sukar memahaminya tapi post ini mencuit hati

dila john said...

harapharap juliana evans baca nanti.
muehhee

Hazrin said...

ha ha thanks semua.

Aishah Nur Hakim said...

wahahahhak...penat ok nak gelak..

comel sungguh perlakuan ini...mekasih!!

Hazrin said...

ha ha welkam