Sunday, July 5, 2009

Rahsia Hujung Minggu Saya.

  1. Bersenamrobik menyanyi lagu Jai Ho bersama sekumpulan orang yang tak dikenali pada jam 330 petang di tengah-tengah padang bola Pusat Intan Kemaman.
  2. Menjawab 400 soalan berbentuk objektif dalam masa 1 jam setengah (antara kandungan soalan adalah seperti : Adakah anda menangis ketika marah ? Adakah anda suka membuat lawak-lawak lucah ? Berminatkah anda dengan kerja-kerja menjaga kaunter ? Tahukah anda menggunakan apit G ? ).
  3. Bergotong-royong menyusun pinggan kertas untuk menyelesaikan satu teka-teki dalam masa 30 minit pada jam 330 petang juga di tengah-tengah padang bola Pusat Intan Kemaman.
  4. Digantung nombor pada badan seperti peserta Akademi Fantasia musim ke-218 sepanjang-panjang hari.



* Kerajaan sekarang suka suruh buat benda pelik pelik.

4 comments:

Anonymous said...

haaa.. result dah kuar dah..
anda lepas tak after buat aktiviti tak masuk akal tuh? :)

Anonymous said...

hehe ptd yek?
saya give up!

Hazrin said...

er ha ha
sy pun dah give up...
interview macam haramm.

Hazrin said...

er ha ha
sy pun dah give up...
interview macam haramm.