Tuesday, June 30, 2009

Sistem Pendidikan Di Malaysia.

Mengenang kembali bagaimana rapuhnya kebanyakan akhlak budak-budak sekolah pada zaman sekarang membuatkan saya terpanggil utuk berkongsi pendapat dengan saudara-saudara semua tentang cara menangani masalah disiplin di sekolah.

Baru-baru ini saya telah menonton sebuah filem dari Jepun yang bertajuk GTO, singkatan daripada Great Teacher Onizuka, menceritakan suka-duka seorang guru menghadapi hari-hari yang mencabar di sekolah tempat beliau mengajar.

GTO mengisahkan seorang guru lelaki bahasa arab bernama Ustaz Ismail Kumis. Beliau acap kali di buli murid-murid kelasnya disebabkan cara pengajarannya membosankan, tidak bermutu, jijik dan mengelikan. Setiap kelas yang diajarnya merupakan satu seksaan kepadanya. Malah tiada seorang pun guru-guru lain yang datang membantunya, disebabkan takut dan kurang mendapat sokongan keluarga terutamanya dari golongan kaum ibu.

Bosan diperlakukan sedemikian rupa, Ismail Kumis lantas menukar subjek pembelajarannya kepada bahasa isyarat. Setelah berbuat demikian, barulah beliau tidak lagi dibuli hatta kerana murid-murid barunya adalah terdiri dari golongan kurang upaya semuanya. Beliau hidup bahagia hingga ke akhir hayatnya selepas itu. Alhamdulillah.

Begitulah serba sedikit kisah Ustaz Ismail Kumis. Diharapkan pihak kerajaan terutamanya dari kementerian pendidikan dapat mengambil iktibar dan ilham dalam menangani masalah di sekolah berdasarkan kisah beliau.


Sekian, terima kasih.


No comments: