Friday, April 29, 2011

Threesome.

Menarik tak tajuk ? Macam haram tak ada kena mengena. Ok, first thing first, ada 3 benda weekend ni yang buat aku dalam dilema gituwww. Tak tahu nak pilih mana.
  1. Budak perempuan studio aku dulu time belajor kahwin Ahad ni, kat Kampung Sabun, Negeri Sembilan. Ye, ada kampung nama Kampung Sabun ye anak anak. First time dengar aku dah berguling gelak.
  2. Sorang lagi kawan perempuan aku, pun kahwin Ahad ni, tapi kat Terengganu. Dan tidak ye anak anak, nama kampung beliau tiada kaitan dengan bahan pencuci.
  3. Ada meeting NCBL kat bangunan MABA Isnin ni. Macam menarik sebab ada isu panas pasal rules and regulations baru.
So, kalau aku decide untuk pergi majlis kahwin kat Terengganu, maknanya aku akan ter-miss meeting NCBL, which mean kena hantar wakil pergi sana. Dan aku tahu, budak budak ni bukan boleh harap sangat pun kalau nak mintak tolong jadi wakil.

Tapi, kalau aku pergi majlis kahwin kat Kampung Sabun, aku akan tak ada masalah untuk pergi meeting NCBL. Tapi nak pergi sana macam tak menarik sebab kena plan dengan budak studio pergi ramai ramai. Dan plan rombongan Kak Kiah bersama budak budak studio yang majoritinya perempuan adalah tersangat sucks. Bersiap je pun dah 8 jam. Nak lempang kang pakai tudung, nanti orang kata tak Islamik lempang lempang ni.

Oh, lupa, 5th May mak suruh balik jaga nenek baru lepas keluar wad. Ni macam memberat ke arah balik Terengganu ni.

Jadi, dimanakah keadilannya disitu ? Kalau anda berada di tempat saya, sejauh manakah anda sanggup berkorban untuk memuaskan hati semua orang ? Kita kupas isu ini minggu hadapan dalam rancangan Bersamamu Ahmad Shahrul Nizam. Sekian.

No comments: