Minggu ni agak durjana la. Nak kata seram pun boleh jugak. Tak tahu mana silap, semua benda tak kena. Nasib baik ada awek, kalau solo lagi mungkin dah terjun Wisma Masalam kat Shah Alam.
- Ahad hari tu pergi The Mall, ingat nak beli barang, katanya ada sales. Dari semalam makan malam pukul 9, bila pergi The Mall, ada lah dalam pukul 330 petang sampai, tak makan apa pun lagi. Sampai sampai terus melantak McD. Hah, satu hari senak pancreas sebab air coke campur asid perut berlebihan sebab makan lambat. Damn.
- Start daripada hari Isnin, tak hantar hantar lagi sample tanah kat FRIM, dah tu sampai bila nak dapat result analisis ni, Sir. Hari ni dah Jumaat. Adeh.
- Panas dalam hidung, kepala pening, badan panas sejuk macam nak demam.
- PC buat hal lagi, tak boleh nak masuk Windows, asyik restart. Rasa nak tempeleng CEO Windows.
- Sakit perut pukul 2 pagi, terus tak boleh nak tidur sampai 6 pagi. Kau ingat tak seram ke berjaga malam malam ?
Sekian, terima kasih.
* Sakit perut lagi, nanti nanti la sambung.
No comments:
Post a Comment