
Damn you Paklam. Tersembur air aku tengok gambor ni.
Aku kenal brader ni masa kat matric. Macam mana kenal aku tak boleh cerita, sebab suasana ketika kejadian tersebut amatlah tidak senonoh. Ha ha. Its men talk ok. Dari tahun 2002 sampai sekarang, dah 8 tahun kenal. Hmm lama tu.
Orang kuat geng Rohok Molek, dan paling cemerlang dari segi akademik antara kami. Baru sahaja menghabiskan pengajian master dan sekarang tengah buat proposal untuk PhD research proposal, dan berkemungkinan akan disambung kat UIAM jugak rasanya.
Dan minggu lepas, baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan. Aku tak dapat hadir, sebab terlalu sibuk dengan presentation dan correction. Sungguh celaka rasanya. Lebih celaka dari basuh baju pakai kaki time patah tangan dulu dulu. Sorry Paklam, next time kalau dapat anak, aku ziarah k.
Selamat pengantin baru Fadhlan Hafiz Helmi. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Tahniah sahabat.
No comments:
Post a Comment