Tuesday, March 23, 2010

Sesi Luahan Perasaan Bersama En. Mohd Fakhrush Syakirin.


Nama Penuh : Rahsia.
Nama Panggilan : Mat Yuth.
Umur : 25.
Tinggi : 1.75 m.
Berat : Rahsia.
Alamat : Rahsia.
Hobi : Apa apa saja lelaki metroseksual buat, dia buat.
Prinsip : Sabor weyh sabor.
Pekerjaan : Pelajar tua.
Status : Masih dalam perhubungan dengan perempuan bukan muhrim.


Ok, aku frust, dan down dua tiga minggu ni. Aku ym mangkuk ni, cerita semua problem. Then dia call. Kami sembang hampir dua jam. Tak pernah pernah aku sembang dengan seorang jantan selama tu.

Oh, lupa. Dia kat Australia, sambung belajar kat sana (dah tua baru nak buat part II degree of architecture apa cerita weyh). Lagi 2 tahun baru balik Malaysia. Tu pun kalau tak extend la. Ha ha.

Dia cakap rate for calling kat sana murah, lagi murah dari aku yang kat KL telefon mak aku yang duk kat Terengganu. Celaka. Kalau tahu aku pergi Aussie lepas tu call mak aku.

Tak banyak cakap benda serius pun dalam sesi peng-calling-an tu, banyak sembang pasal gaya hidup terkini masing- masing. Dia bagitahu kat sana dia kena culture shock sebab tengok perempuan pergi kelas pakai tube je, campur dengan hot pant. Macam tak pernah tengok hari hari kat video kat bilik aku. Dia takut efek dari tu, dia pergi kelas pakai tube jugak.

Aku cerita kat dia, sini KL tak banyak berubah pun dia tak ada, lagi kurang populasi lelaki metroseksual ada la. Itu satu perkembangan bagus untuk masa depan ekonomi negara kita. Dia gelak. Cis. Aku serius kot.

Dan, Alhamdulillah, lepas sesi yang agak jahanam tu, kini aku rasa lebih lega. Terima kasih kawan. Aku tahu hidup kena terus, walau semusibat mana pun dugaan.

4 comments:

sapphire said...

woww..i like this..
dia 2thn ek kt sana..
so plan nk g makan n tdo free kt sana termasuk saya ke..awk sorg je yg free?? :D

Hazrin said...

i like you too.
ha ha.

eh jom la gi sana. azlina pun nak gi. jom la. dia sewa rumah kat sana.

sapphire said...

xnk..
mahu berdua ngn awk sahaja
ok.bertiga ngn mat yuth je huuuu :P

Hazrin said...

adakah itu lamaran ? sy terima.
ha ha.