Sunday, January 17, 2010

Rahsia Jutawan Cacing Kini Terbongkar !


Tahukah anda bahawa cacing kini merupakan satu cabang perniagaan yang berkembang maju di Malaysia. Tetapi sehingga kini ramai yang tidak tahu potensi sebenar penternakan cacing. Industri penternakan cacing merupakan satu industri yang hebat dan mudah jika dijalankan dengan betul.

Mungkin anda boleh dapatkan buku mengenai penternakan cacing atau pun cara-cara memulakan perniagaan ini dari orang lain tetapi anda tidak mungkin akan mengetahui rahsia sebenar teknik dan skill dalam penternakan cacing tersebut.


Kini anda tidak lagi perlu untuk berjumpa dengan orang perseorangan bagi mendapatkan
teknik dan rahsia penternakan cacing
. Malah teknik dan rahsia penternakan cacing yang akan saya beritahu ini merupakan teknik dan rahsia yang dijamin tidak akan mengecewakan anda kerana ia telah terbukti berjaya bagi pengusaha- pengusaha dan penternak cacing ini.

Jadi, bagaimanakah caranya perniagaan cacing ini dijalankan ? Apakah rahsianya ? Inilah yang saya ingin kongsikan dangan anda semua.


Berikut adalah cara- cara untuk membuat duit dengan menggunakan cacing tanah :


1. Kutip dua hingga empat ekor cacing tanah.
2. Pastikan cacing- cacing tersebut sihat dan segar.
3. Susun cacing- cacing tersebut dan bentukkan menjadi bentuk duit.
2. Scan dengan menggunakan scanner.
3. Cetak.
4. Kaya !!


* Mudah bukan ?

2 comments:

Guru said...

salam ziarah

rasanya, buat cara camni kaya kertas je

Hazrin said...

selamat berziarah.
:))

ha ha
memang punn.