Tuesday, December 29, 2009

Selamat Tinggal 2009.

Sinopsis 2009 saya:

1.
Awal 2009 jatuh, main basketball. Tangan kiri patah. Celaka. Sakit sampai muntah. 3 bulan basuh baju pakai kaki.

2.
Mintak kerja kerajaan, dari exam bulan 2, assessment bulan 7, sampai bulan 9 pergi interview, baru tahu result dapat ke tak. Macam setan tunggu. Penungguan yang sedikit sebanyak mematikan mood untuk sambung master.

3.
Kisah tragis dalam hidup. Hati hancur. Celaka. Jatuh 3 titik air mata lelaki. Bakal awek bagitahu nak bertunang last minute mana tak rasa macam nak terjun gunung.

4.
Join NCBL, training best, tapi time- play tak banyak. Team-mates kebanyakan macam sampah.

5.
Ber-art event sana sini, Mocca show, bintang jatuh dan dua tiga kat UIA. Saya masih remaja.

6.
Bilik ditumpangi lelaki metroseksual. Satu bilik penuh dengan barang- barang avon, shishedo, loreal, dan lain- lain. Sangat serabut. Nak suruh berambus tapi member sendiri. Pergi kedai mamak pun nak berlosyen tangan sana sini apa cerita.

7.
Banyak member- member dah kahwin. Sumpah, tahun ni masuk rekod paling banyak pergi kenduri kahwin. Tengok orang kahwin rasa nak kahwin tapi tak ada calon. Saudari Juliana Evans, boleh saya kahwin dengan anda ?

8.
Ada budak junior buat dajal nak lari lari dari bayar payment kerja. Memang nak kena belasah.

9.
Join e-networking. Terima kasih kepada Saku kerana memperkenalkan peluang ini. Target akhir tahun 2010 nanti nak beli RX8 lapan buah.

10.
Venom ditubuhkan. Harap harap team baru ni tak banyak masalah. Kami mengamalkan konsep 1Team - akhirat didahulukan, agama diutamakan.

11.
Masih tiada perancangan untuk menyambut malam tahun baru 2010.

No comments: