Assalamualaikum.
Apa khabar cikgu disana ? Maafkan saya seandainya surat saya ini mengejutkan cikgu. Saya langsung tidak berniat untuk membuatkan cikgu terkejut. Untuk pengetahuan cikgu, saya sendiri pun terkejut selepas membaca surat saya ini. Sungguh mengejutkan.
Pertama- tamanya saya ingin memohon maaf kepada cikgu. Saya sedar kita baru sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan September baru- baru ini, namun itu tidaklah bermakna saya tidak boleh meminta maaf kepada cikgu walaupun bukan pada hari raya. Sambutan hari raya di kampung saya hanyalah biasa biasa saja kerana saya menyambut raya tidak bersama cikgu, apatah lagi isteri cikgu bernama Puan Kamariah, maka sambutan raya saya tidaklah semeriah cikgu.
Berbalik kepada mengapa saya meminta maaf kepada cikgu tadi, adalah kerana saya tidak menghadirkan diri pada sesi pembelajaran pendidikan jasmani kelolaan cikgu. Saya sungguh menyesal kerana tidak dapat hadir. Untuk pengetahuan cikgu, saya tidak dapat hadir kerana saya tidak begitu berminat untuk bermain lompat galah. Saya minat hoki ais. Namun saya sedar akhirnya saya tersilap. Saya tak sangka cikgu akan membawa seorang guru ganti yang begitu cantik untuk menggantikan cikgu mengelolakan kelas berkenaan.
Saya berjanji selepas ini saya akan sentiasa menghadirkan diri ke kelas cikgu berkenaan, seandainya cikgu cantik tersebut yang mengajar. Kalau bukan, maka saya lebih rela bermain tangkap belalang saja bersama Ah Meng, budak kelas pemulihan yang masih bengap mengeja perkataan bas sekolah walaupun sudah berumur 12 tahun.
Disamping itu juga, saya amat berharap agar cikgu dapat memaafkan saya dan menanda penuh kehadiran kelas yang diponteng oleh saya, bak kata pepatah, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Saya akhiri surat saya ini dengan serangkap pantun.
Pen merah
Pen biru
You marah
I love you.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Ahmad Bin Basir
5 Anggur.

No comments:
Post a Comment