Wednesday, November 18, 2009

Filem Pendek Saya Yang Pertama.


Azfar @ Apek merupakan seorang lelaki yang sering berputus asa, lemah, tidak berkeyakinan, buruk lantak dan segala macam sifat tak senonoh ada padanya. Namun segala- galanya berubah setelah beliau bertemu dengan Siti, seorang pelajar praktikal kursus kosmetik di sebuah saloon tempat Azfar bekerja sebagai pembancuh kopi.

Pandangan pertamanya saat melihat Siti lantas membuatkan Azfar terus jatuh cinta terhadap gadis berkenaan. Mulai saat itu, Azfar nekad untuk merubah dirinya kepada lebih baik dan dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. Beliau mula mandi 4 kali sehari, pam tandas selepas membuang air besar, baju sentiasa tuck in, pakai kasut kulit dan sentiasa bercakap tentang isu- isu semasa untuk menampakkan bahawa beliau seorang yang berpengetahuan luas.

Namun, segala- galanya berubah setelah beliau mengetahui siapa Siti yang sebenarnya. Siti adalah anak kepada seorang Dato', kaya dan bermisai tebal. Namun demi cinta sucinya kepada gadis berkenaan, Azfar sanggup mengetepikan perbezaan latar belakangnya dan terus berusaha memikat Siti.

Apakah yang akan berlaku dengan perhubungan Azfar dan Siti, dan adakah Azfar berjaya menuntut cinta Siti seperti yang dihajatkan ? Berapakah jumlah kopi yang dibancuh Azfar setiap hari ? Bolehkah Azfar menari shuffle ? Dan apakah nama IPTS tempat Siti belajar ?

Segala- galanya bakal terjawab setelah anda menonton filem ini.

No comments: