Thursday, September 3, 2009

Pemuja Rahsia.


Mahukah aku nyanyikan satu lagu untuk mu
yang bisa buat kau tidur lena setiap malam bermimpikan yang indah- indah ?

Mahukah aku deklamasikan satu puisi untuk mu
yang bisa buat kau terpesona hingga lupa tanah yang berada dibawah kakimu ?

Mahukah aku syairkan satu gurindam untuk mu
yang bisa buat kau tidak tahan mahu melayang- layang ?

Tapi sayang
kau tidak tahu aku wujud.
kau tidak tahu apa aku rasa.
kau tidak tahu apa aku mahu.

Jadi
apakejadahnya aku masih mahu ?
apakejadahnya aku masih menunggu ?
apakejadahnya aku masih mengharap ?
.
Senyap.
Malas mahu fikir.
Biar jiwa tenang kosong.
Biar hati lega tanpa tertanya- tanya.

Walau apa pun jawapan kau.
Aku tidak mahu tahu.
Kerana
aku bahagia begini.

9 comments:

redscarf said...

puitis. who is it? =)

Hazrin said...

bikin sendiri.

ha ha

Hazrin said...

eh.
jap.
sape apa ni ?

redscarf said...

saper yg d one dlm poet tuh..=p

Hazrin said...

ha ha ada la.
er
siapakah anda ?

laisi said...

nice one hazrin

Hazrin said...

owh. tenkyu22222.

er laisi la pulakk.
dari entri budak nilam.

siapakah anda ?

Anonymous said...

sendiri buat ke ni?

Hazrin said...

ye ye sendiri.

* sumpah, semua pengkomen aku tak kenal kecuali diri sendiri