Monday, August 10, 2009

Maafkan Saya Manusia.

Aku tak faham kenapa :

1.
Perempuan pakai make-up tebal-tebal masa naik pelamin bersanding. Alasan sebab nanti ambil gambar nampak lawa. Setahu aku para professional photographer sekarang dah pandai edit-edit gambar kot, even gambar baru bangun tidur yang macam ketiak hantu tu pun dah nampak lawa. Kan ?

2.
Lelaki A bercouple dengan perempuan B sudah bertahun-tahun walaupun lelaki A sering di layan dengan tidak adil. Lelaki A keberatan untuk meninggalkan perempuan B dengan alasan kerana sudah biasa hidup bersama dengannya, sering bersama dan tidak tahu bagaimana hendak hidup tanpa dia. Yang takut sangat nak mula hidup baru tu kenapaaaa, mana tahu lebih bahagia. Nama je lelaki. Hish, aku geget jugak budak ni kang.

3.
Lelaki yang terlalu menitik-beratkan penampilan diri. Tiap kali keluar nak kena cuci muka, pakai losyen dan sembur minyak wangi penuh satu badan melampau-lampau. Pergi saloon belanja Rm100-200 dua, tiga kali seminggu hanya untuk basuh rambut dan buat facial, rasanya sungguh membazir. Baik bagi aku, boleh lah jugak aku buat modal meniaga basikal.

Aku bukan anti dengan lelaki ini, tapi kalau budak ni dah jadi room-mate, haruslah aku menyampah kan. Ha ha.

4.
Terdapat dua, tiga orang lecturer yang terlalu bangga dengan kisah diri pada zaman dulu takut untuk menerima perubahan zaman. Orang dulu buat kerja pakai manual method sebab time tu computer tahap daif lagi la pakcik ! Dah zaman moden apekehalnya nak suruh buat kerja pakai cara manual lagi.


11 comments:

nisa.zaidan said...

ye sokong..tapi kad jemputan xbole blah! haha

Hazrin said...

ah, diam kau. ni kreatif namanya. jarang orang buat. ahaa.

sapphire said...

kahwin sekali je la seumur hidup..
mesti la nk kne make-up cantek cantek..klu edit ngn komputer xcantek maa..

^^

Hazrin said...

opss. pembetulan. bukan isu cantik tak cantik, tapi makeup tebal. makeup kalo tak tebal tapi cantik kan lagi cantikkk.
=)

nisa.zaidan said...

kang mekap x tebal org ckp muke xnaik seri.. bile mekap tebal org ckp cam tepung gomak! haish susah2.. xyah kawen la.. hahaha

Hazrin said...

ah, ko memang. ko tak kawen pun takde orang risau. so jangan risau.
=p

nisa.zaidan said...

hahaha..bongok!! lu ni kan mmg tempah awal2 la kasut size 10! tggu nak sumbat dlm mulut lu je.. =p

ღ love, faiez ღ said...

kad jemputan tu siyes bangge..heheheh..tempah satu tem kawen bulehhh??

Hazrin said...

ha ha. sila, sila.

kudalaut said...

aku sokong no.2
tolonglah mulakan hidup baru !

Hazrin said...

ha ha. sokong sokong.