Monday, August 3, 2009

Keroncong Hujan Khas.


Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi.




* Dituju khas untuk Dilla sempena keberangkatan beliau. Aku rindu suara kau, k. Nak dengar lagi. Balik nanti maintainkan cutting badan kau, jangan cuba-cuba nak jadi montel.

Selamat berangkat dan semoga berjaya di sana.


2 comments:

dilla.rose said...

thanks a lottt.
bila aku gundah gulana kat sana aku akan bace entri ni berulang kali.
insyaAllah aku x memontel.
wahahahahahaha.

u take careeee.
jgn rindu22222.
:D

Hazrin said...

nak gak rindu. cant help it.

=:)

take care !