Wednesday, July 22, 2009

Bergaduh Dengan Bas Awam.

Aku ada interview hari ni. Dijadualkan pada jam 1030 pagi. Tapi tadi aku bangun lambat, so bertolak pun dalam keadaan kelam-kabut campur mamai.

Tapi masih sempat sambar semua sijil-sijil dan resume aku untuk dijadikan bukti bahawa aku manusia yang telah menerima pendidikan yang betul. Tak macam S.M Salim, kerja nyanyi je tapi siap dapat anugerah sarjana dari universiti mana entah.

Bas rapid KL bernombor 231 dijadualkan mengambil penumpang selang setiap 15 minit. Aku tunggu kat bus stop tu dalam jam 930 pagi. Selepas 15 minit, satu kelibat bas pun tak muncul, yang ada teksi je penuh.

Tunggu sampai setengah jam lepas tu, masih lagi tidak muncul. Aku dah hangin. Nasib baik awek tempat duduk sebelah tu lawa.


...


Bas masih lagi tidak muncul....


...


Aku berkata dalam hati, " Mungkin sebab ni lah kot Malaysia kalah lawan Man. U. hari tu, banyak sangat orang kita yang lembap ".

2 comments:

sapphire said...

interview ktne??
ok x??

Hazrin said...

kat setiawangsa. ok je, tp tengoklah camana. heh.