Selipar lama aku yang style dah sampai ajalnya. Sedih gila. Aku ingat lagi, time raya hari tu aku beli. Design sangat rare, tengok je terus beli, tak fikir panjang langsung. Apa nak jadi entah. Tapi ditakdirkan masa kami bersama tak lama, tiba-tiba je dia dah pergi. Al-fatihah.
Johny (nama pentas) sudah selamat aku kebumikan di tempat pembinaan mamat Indon yang tengah repair longkang sebelah bilik aku ni. Semoga longkang tersebut mendapat keberkatan dan tak akan rosak lagi. Budak Johny ni baik, jadi aku tak risau sangat.
So aku beli la selipar baru, murah je harganya, Rm10 plus plus. Beli pun kat kedai minah Indon depan Maybank kat sebelah Plaza Sungei Wang. Nasib baik aku pandai tawar-menawar, hasil pengalaman membeli kuih kat pasar malam kat kampung dulu, dapatlah kurang harga dalam Rm10 macam tu. Kalau orang kampung aku tahu, mesti bangga. Tak sia-sia masuk U.
Tapi kan, lepas seminggu aku beli selipar tu, baru aku perasan. Lelaki metroseksual rupanya aku ni.
Selipar pink aku ada gambar bunga kat tapak. Cute kan ?
8 comments:
waaa. comell selipar pinkkk :)
tuan punya selipar pun chomel. saja tanak highlight kat sini. heh.
err..sure ke ni?? ker time tga bli th tga overdose??
ko diam. aku terpengaruh ngan minah penjual tuh time ni. dia lawa.
Singgah sebentar walau x di offer kitkat. oh, selipar metroseksual yang lawa :)
cik farhah, terima kasih kerana singgah. lawa nama. ha ha
bunge di tapak kaki itu comelll...
tgk tuan la. =p
Post a Comment