Cerita dulu - dulu sebelum aku baligh :
- Pernah berjalan kaki sejauh 6 kilometer seorang diri pulang ke rumah sebab tertinggal bas sekolah semasa berumur 7 tahun kat Shah Alam.
- Hanya membawa pensil sebatang sahaja dalam beg selama sebulan berdarjah 1 di Shah Alam.
- Bermain tangkap belalang di tepi kelas muzik (seronok tak Maha ? Ha ha).
- Pernah tarik pelepah kelapa tua sampai jatuh kena member, berdarah – darah belakang budak tu (sori Mad Nor).
- Cerita bunian belakang blok sekolah semakin menjadi – jadi.
- Sesi kesihatan gigi paling tak best. Ada ke kena gosok gigi ramai – ramai tepi kolam pukul 12 tengahari, duduk cangkung ramai – ramai pulak tu, tak rock langsung.
- Time dapat susu coklat free paling aku suka, aku pow 3.
- Melarikan diri time waktu pendidikan jasmani sebab tak bawak seluar sukan pendek, takut kena marah dengan cikgu India yang garang tu (apa ke nama aku dah tak ingat).
- Permainan tepuk kad makin popular, laga biji getah, main lawan pemadam dan pensil , last sekali baling kapur.
- Seorang Profesor sentiasa meronda keliling sekolah sambil jual barang – barang ciptaannya (mana la pakcik tu, lama tak jumpa).
- Ketagih sekejap beli tikam, biasa beli kat van yang tunggu luar sekolah tepi gate sebab terpengaruh dengan ganjaran hadiah – hadiah lumayan yang ditawarkan.
- Aku benci main recorder masa kelas muzik, drum lagi best.
- Ada budak perempuan dalam kelas pengsan sebelum amik suntikan BCG.
- Ramai bercita – cita mahu menjadi Ultraman dan Gaban. Paling busuk pun nak jadi pemain bola kartun Kickers.
- Time ni KRU dan Exists popular gila.
- Majalah Gila – Gila wajib aku beli tiap – tiap bulan selain Gelagat.
- Majalah Ujang adalah majalah paling bangang pernah aku baca.
- 1st time diperkenalkan ke dunia komik Hong Kong oleh Azroul.
- Cikgu Liaw Wi Bee best (betul ke aku eja ni).
- Kereta tamiya menjadi kegilaan sebab terpengaruh dengan cerita Dash Yankuro.
- Masa rehat je wajib aku main bola koboi.
- Sanggup berjalan kaki ke bandar semata – mata nak baca komik sebelum kelas tambahan petang start (aku tak balik rumah, stay kat sekolah).
- Hanya membawa duit RM 2 je untuk belanja seharian.
- Masuk pertandingan melukis mewakili daerah Kuala Terengganu.
- Dapat no 3 pertandingan masak – masak antara kelas (ha ha).
- Novel – novel Ahadiat Akashah menjadi sangat popular, ramai gila beli dan baca dalam kelas (sapa ada buku lagenda budak setan ? Aku nak pinjam !).
- Ambil sijil UPSR dengan tak mandi.

5 comments:
hahahha...sy xde dlm gmbr tu..sedey..masa tu darjah brape ek???
saya sgt la xglemer dulu..skang punn... :( :P
Darjah 6 (kott) sebab kelas tu macam berkedudukan kat hujung sekali tingkat atas. He
No 6 : Setuju!!! tak best. sebab saya penah terlupa bawak berus gigi, pastu kena gosok gigi dengan jari. hampeh.
mrujuk kpd no14.
sy jawab nak jadi wakil calon..cikgu yg tanya keras perut tergelak...sy dan suma kawan bwat muka xphm psal memang xphm pun...lepas abih klas kwn ramai2 tnya wakil calon tu kuat x?..ada bwak snapang tak?...sy jwab x..wakil calon tak bawak snpng...ayah aku wakil calon..bwk kereta jer......smpy soklh menengah baru sy tau wakil calon bukan kerjaya.
moral: budak2 xleh makan nasik lemak yang dibungkus dengan poster pilihanraya
ha ha. kita semua masih lagi innocent n naif time tuh.
Post a Comment