Wednesday, March 4, 2009

Taiping Trip 2005.

Kami tak bersalah

Ini kisah yang berlaku di Taiping masa aku 2nd year degree kat IIUM Gombak. Macam setan je perangai time tuh.

Masa : 2 p.m.
Cuaca : Seksi dan mengghairahkan.
Lokasi : Sebuah hotel (ke motel ke ape ke aku tak ingat dah) di Bandar Taiping.
Pelakon : Penjahat 1, Penjahat 2, Penjahat 3, Penjahat 4 dan Wanita Misteri.

Antara aktiviti fardhu kifayah yang biasa kami lakukan setibanya di mana- mana hotel adalah menggunakan telefon hotel tersebut untuk mengenakan rakan – rakan studio yang lain.
(e.g : menyamar sebagai pihak pengurusan hotel dengan meminta bayaran penginapan lebih dan memberi amaran palsu berlakunya kebakaran di bilik sebelah selain meminta dihantarkan sabun khas ke bilik dengan alasan alahan pada sabun hotel. Kebanyakan mangsa adalah perempuan kerana mereka lemah seperti kata orang- orang tua dahulu kala.

Suatu hari, ketika tibanya hari akhir menginap di hotel tersebut (bas sudah menunggu di luar untuk membawa pulang kesemua budak- budak studio kami ke IIUM), kami masih lagi sempat mengenakan member- member di bilik sebelah. Sejurus selesainya pengenaan tersebut, telefon bilik kami berdering. Dan berikut adalah apa yang berlaku :

Wanita Misteri : Hello. Bas dah nak bertolak. Cepatlah turun.

Penjahat 1 : Alaaaaaa…..Janganlah tipu. I tau bas tak bertolak lagi kannn (pondan voice mode).

Penjahat 2 : (Duduk bersebelahan Penjahat 1 sambil gelak kaw- kaw).

Penjahat 3 : (Tengah mandi).

Penjahat 4 : (Tengah gelak jugak sambil mengemas baju).

Wanita Misteri : Betullah. U all cepatlah turun, nanti lambat.

Penjahat 1 : Eleeey, tak baik tipu taw ~ (still pondan voice mode).

Wanita Misteri : Sapa tuh ? Jangan main- main dengan saya.

Penjahat 1 : Ni I laaa, *****. Takkan tak cam kotttt. Hihi ~ ( still pondan voice mode).

Wanita Misteri : Jangan main- main ! Awak tak kenal sy sape (garang dan marah).

Penjahat 1 : Hihi sape tuh ? (buat suara pondan jugakkkk).

Wanita Misteri : Ni madam ***** !

Penjahat 1 : (Terus meletakkan ganggang dan mencabut wayar telefon kerana terkejut dan takut !)




* Keesokannya kami semua dipanggil menghadap lecturer kami untuk sesi kaunseling.

3 comments:

Hananeechan said...

haha..mmg patut kena kaunseling pon..elok2 laki nk jd pondan ek.

*tapi mmg best kenekan kwn time kat hotel.tambah2 sape yg ade dikurniakan kelebihan suara yg ala2 receptionist atau pihak room service.*

Anonymous said...

copp!!
sape kata wanita tu lemah??huh?? :P

Hazrin said...

Orang- orang dulu yang cakap, bukan sy.
=p